Blog ini dibangunkan oleh Ustaz Mohd Fathi bin Misran khasnya kepada ahli kelab memanah SK Peserai dan kepada Seluruh warga blog amnya bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan dalam sukan memanah.
Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Tuesday, October 2, 2012

PENYEDIAAN ARROW


1.   Terdapat beberapa jenis arrow  yang biasa digunakan.
a.   Aluminium :- contoh jenama Jazz ( pelbagai saiz )
b.   Platinum
c.    Carbon:- contoh jenama Carbon Red Line , Cartel ( pelbagai saiz )
d.   Aluminium/carbon :- contoh jenama Eston  A/C/E  ( pelbagai saiz )
e.   X-10/X-7:- jenis aluminium yang lebih keras
f.  Fiber :- sesuai untuk permulaan(murah)
2.   Saiz  arrow hendaklah sesuai dengan pemanah kerana setiap pemanah mempunyai kekuatan
dan draw length  yang berbeza. Panjang limb  dan foundage juga mempengaruhi saiz arrow.
Rujuk carta arrow.
3.   Dalam pertandingan, jenis yang biasa digunakan   ialah dari jenis karbon
aluminium/platinum/aluminium.
4.   Bagi kategori 12 tahun  ke bawah hanya jenis aluminium sahaja yang dibenarkan. Sementara
bagi kategori bawah 15 tahun  ke atas dibenarkan menggunakan semua jenis arrow.
5.   Komponen yang perlu ada pada sebatang arrow  ialah point/bullet hea d,  flet chers  dan nocks.
6.   Point/bullet head dan nocks haruslah mengikut saiz arrow. Biasanya ia dihantar bersama
dengan arrow kosong (shaft).
7.   Fletchers ada beberapa jenis dan penggunaannya haruslah bersesuaian dengan arrow.
a.   Spin wing - pelbagai saiz
b.  Dimon  - pelbagai saiz.
8.   Bagi menentukan saiz arrow  yang perlu digunakan oleh pemanah, perlulah diketahui panjang
tarikannya (draw length).
9.   Gunakan beberapa batang arrow tanpa bulet/point. Pemanah hendaklah menarik busar
bersama arrow  tersebut ( full draw ).  Buat tanda pada jarak 1cm dari titik tengah plunger.
10. Ulang sebanyak tiga kali bagi beberapa batang arrow untuk mendapatkan purata panjangnya.
11. Setelah mendapat ukurannya rujuk carta apakah saiz yang sesuai digunakan oleh pemanah
tersebut.
12. Potong arrow mengikut ukuran purata yang didapati.
** Ukuran diambil bermula dari nocks.
13. Setelah arrow dipotong, pasangkan  bullet head. Semasa memasang bullet head, jangan
panaskan shaft tetapi panaskan inserting  atau bullet head. Jangan gunakan terlalu banyak
gam kerana ia boleh mempengaruhi berat arrow.
14. Nocks hendaklah dilekatkan dengan menggunakan gam yang sesuai supaya tidak mudah
tanggal ketika arrow digunakan. Tetapi bagi sesetengah arrow karbon, nocks  tidak perlu
digam.
15. Arrow yang telah dipasang dengan nocks dan point  perlulah dipasangkan fletchers supaya ia
dapat bergerak dengan lebih baik dan dapat mengenai sasaran dengan sempurna.
16. Terdapat beberapa jenis  flecthers. Secara umumnya terdapat dua jenis yang biasa digunakan
iaitu bentuk dimon  dan Spin Vane.
17. Cara memasang bagi kedua-dua jenis flecthers ini adalah berbeza.
18. Rujuk carta yang disediakan.
19. Flecthers  jenis dimon.
20. Dengan menggunakan f lect hing jig, letakkan arrow pada tapaknya.
21. Pastikan tanda pada nocks sama dengan tanda pada tapak flecthing  jig. (Rajah)

22. Letakkan flecthers pada penyepit  flecthing jig dan tentukan jarak melalui skalanya (2cm –
3cm). Ini bertujuan, supaya jari tidak diganggu oleh flecthers ketika hendak memanah.
23. Biasanya flecthers yang digunakan untuk setiap arrow  mempunyai warna yang sama. Ini
bertujuan untuk memudahkan pemanah mengenali arrow kepunyaannya. Bagaimanapun ada
juga pemanah yang memasang flecthers yang mempunyai warna yang berbeza (dua sama
warna  dan satu ganjil). Rujuk gambar.
24. Bagi arrow karbon cara memasang flecthers adalah berbeza. Anda hanya perlu membuat
garisan dengan menggunakan pen silver / lain-lain pen yang mudah dilihat warnanya. (Rujuk
gambar)





25. Setelah ditanda , lekatkan double  sided tape mengikut garisan luar tanda yang dibuat.
Kemudian lekatkan flectherc  spin wing padanya.
26. Dengan menggunakan pemutar nocks, laraskan nocks dengan flecthers pertama. Ini perlu 
dilakukan agar fletchers tidak menganggu arrow rest  dan merosakkannya.




BOW SETTING


1.  „Bow  Setting  bermaksud melaraskan busar / bow. Dalam proses ini kita perlu mengukur
„brest hight  (jarak dari tali ke pivot point) jarak dari tiler ke tali dan men entukan  „nocking
point .
Jarak yang biasa digunakan bagi „brest  hight   ialah 22cm. Apabila jarak  ini  digunakan ,
busar  tersebut  akan  bertindak  mengikut  foundagenya.  Tambahan „brest    hight    akan
mengubah  'foundage  busar.Setiap  tambahan  1cm pada „brest hight  akan meningkatkan
1lbs  –  2lbs  „foundage   busar.  Ini  bermakna  jika  busar  mempunyai „foundage   34lbs,
tambahan 1cm akan menjadikan foundagenya  berubah kep ada 36lbs.
2.
„Brest hight  boleh diubah dengan cara memintal tali. Untuk menambah jarak, kita harus
memint alnya  mengikut  arah lawan putaran jam dan sebalikn ya.  Semasa  memintal perlulah
dikira bilangan  putaran  yang dibuat. Ini memudahkah kita untuk melaraskan jika terlebih
jaraknya.


2.3  MENENTUKAN NOCKING POINT
1.   Kedudukan nocking pada „bow string  di „center serving  adalah  penting  kerana  ianya  akan
mempengaruhi pelancaran „arrow .
2.   Kedudukan „nocking point  yang terlalu ke bawah atau ke atas akan menyeba bkan  arrow
menggelepar  apabila dilancarkan  dan apabila m engenai  sasaran  ia akan terus
menggelepar.  Ini boleh  merosakkan  arrow. Ianya juga boleh menyebabkan arrow  tersasar
jauh dari target.
3.   Kedudukan nocking point yang terbaik  boleh  ditent ukan  setelah „brace height  ditetapkan pada 22cm
4.   Dengan menggunakan  pembaris  T, letakkan di atas „arrow rest . (Rujuk gambar).



5.   Dengan menggunakan  pen penanda  atau benang  buatkan  satu t anda mengikut skala 4.5
mengikut tan da pada skala pembaris T.
6.   Dengan menggunakan  benang , buatkan lilitan  agar ianya  kelihatan  seperti biji kacang.
Ada juga pemanah yang menggunakan nocking point logam  yang dijual.
7.   Setelah siap sapukan gam dan balut dengan  menggunakan  „white tape  agar ianya tidak
mudah terbuka.
8.   Jika „nocking point  dibuat  pada tempat  yang betul,  anda akan dapati arrow  akan membuat
satu sudut tepat dengan tali apabila arrow dipasang dan diletakkan pada „arrow rest .


MEMASANG “BOW STRING”

Bow string dilipat dua bagi
Center serving
menentukan loop   yang
akan dipasang pada limb atas dan bawah


Hujung  „loo p   pada bahagian
strin g yang lebih panjang
sedikit ini hendaklah
dimasukkan ke limb atas

1.   Tentukan dahulu kedudukan center serving. Tali dilipat jadi dua  supaya dapat menentukan„loop  yang akan dipasang  pada „tip  limb atas dan bawah. Loop  bahagian  limb atas biasanya lebih besar dari limb bawah
.
2.   Biasanya center serving pada bahagian limb atas adalah panjang sedikit bila tali dilipat dua.
3.   Salah  satu „loop  adalah lebih besar saiznya. Ini bertujuan  memudahkan pema sangan  tali.
4.   Sebelum tali dipasang tentukan dahulu panjang limb (64” /66”/68”/70”).  Ini kerana panjang tali
mestilah sesuai dengan panjang limb. Jika tali yang siap dibeli biasanya tercatat panjang tali
dan bilangan lembarnya. Contoh  PLY 16s Light 68”  bermaksud  16 lembar dan panjang 68” .
Tali ini hendaklah dipasang pada bow yang mempunyai panjang limb  68” .
5.   Bilangan lembar  bermula dari 12,  14,  16  &  18.  Ketebalan tali  bergantung pada bilangan
lembar benang. Penggunaannya bergantung kepada  jenis  arrow,  panjang  dan  saiz  arrow,
panjang  limb dan „foundage . Masukkan „loop  yang besar pada limb atas dahulu dan kemudian
diikuti dengan „loop  pada hujung yang satu lagi pada limb bawah.  Lihat gambar di bawah.


Masukkan loop yang besar
pada limb atas terlebih dahulu.
Loop pada hujung yang satu
lagi dimasukkan kepada
limb bawah
6.   Dengan menggun akan „bow stringer  seperti gam bar  di bawah, tolak loop ke hujung tip pada
limb atas. Penggunaan „bow stringer  dapat  menjamin  keselamatan  limb kerana kedua-dua
limb menerima daya yang seimbang.  Kaedah  yang lain boleh digunakan tetapi tidak
digalakkan keran a ini memungkinkan limb “twist” ( terpusing) atau patah.
Loop pada limb atas
ditolak ke arah hujung
limb agar tersangkut
pada tip.
Bow stringer
digunakan untuk
memasang bow string.
Kaedah ini adalah
yang lebih selamat.



KAEDAH MEMASANG BOW


1.   Pastikan  kedudukan  handle (upper part dan lower part).
2.   Pasang limb atas (upper limb) dahulu. Upper limb mempunyai cop dimuka depan. Pastikan....
skru dikunci ketat jika ianya menggunakan  skru. Terdapat limb yang menggunakan klip seperti jenis Hoyt, GM, PSE dan Win&Win
3.   Lower  limb mempunyai cop di muka  belakang  dan ada tercatat “take down”  serta panjang  limb dan juga foundage.  Contoh 68” 34lbs.
Lo wer li mb terdapat cop
di muka belakang dan
Bahagian bawah
tertulis “take down”
handle


Upper limb, terdapat cop
di muka depannya









NOCKING POINT LOCATORS (PENANDA TITIK NOCKING)


Gambar di sebelah adalah penanda  titik  nocking
yang  diperbuat  dari  aloi.Ia  mempunyai  lapisan
dalaman  yang  diperbuat  daripada  plastik  untuk
memberikan   cengkaman   dan   melindungi   tali
busar.   Ianya   diletakkan   pada   tali   busar   dan
diketatkan  dengan  menggunakan  playar.
Kebiasaanya dua nocking point digunakan.
Nocking   point   ini   tidak   sesuai  untuk   Recurve
bow.


STABILIZERS ( PENGIMBANG)


Pengimbang  ditambah  kepada  busar
dengan    tujuan    memberi    lebih
kestabilan  semasa  membidik  (  aiming)
dan    melambatkan        sebarang
pergerakan  tindakbalas    selepas  anak
panah     dilepaskan.     Kebanyakan
pengimbang    merupakan     batang
aluminium  kosong.  Pangkal  yang  lebih
besar    dilekatkan   pada   pemegang
busar  dan  hujung  yang  lebih  kecil
mempunyai  pemberat    yang    boleh
ditambah  dan  diubahsuai  dari  masa  ke
semasa.     Tujuan     lain     ialah    supaya
busar  akan  menjadi  lebih  selesa  untuk
dipegang      semasa   tarikan     dan
pembidikan.  Batang  pengimbang  yang
lebih  pendek  di  bahagian  belakang
bertujuan    memberikan   keseimbangan
di  sebelah  kiri  dan  kanan.  Selain  itu  ia
juga  digunakan  untuk    menyerap
gegaran   semasa   pelepasan   anak
panah