Sunday, September 30, 2012

CLICKER



Clicker  merupakan  sekeping  logam  nipis
berspring  yang  dilekatkan  di  pemegang
busar.  Anak  panah  diletakkan  di  antara
clicker  dan  pemegang busar  supaya  apabila
anak   panah   ditarik   dengan   tarikan   penuh
( full  draw), ianya akan  memetik    pemegang
busar  dan  menghasilkan  bunyi.  Semasa
inilah  pemanah  akan  melepaskan  anak
panah.  Clicker  juga   boleh  digunakan
sebagai      pengesan  panjang   tarikan.
Sebelum  pemanah  boleh  menggunakan
clicker,    tarikan    penuhnya  hendaklah
konsisten.   Untuk    memasang    clicker,  ia
sepatutnya  dilekatkan  pada  kedudukan  di
mana  separuh  mata  anak  panah  berada  di
bawah  clicker  semasa  tarikan  penuh  (full
draw).

No comments:

Post a Comment