Sunday, September 23, 2012

PERALATAN ASAS MEMANAH


Busar Panjang (Long Bow)
Long bow merupakan busar yang paling asas.
Long  bow  Inggeris  adalah  seperti  yang
dipaparkan di sebelah. Bentuknya  tidak berubah
semenjak   9,000 - 6,000 SM.  Ianya dibentuk dari
sebatang  kayu  dan  pemegangnya  selalunya  di
perbuat    dari    sekeping   kulit    yang    diikat    di
sekeliling   busar.   Satu   lekukan   di   potong   di
sebelah  kiri  atau  kanan  busar  bertujuan  untuk
meletakkan   anak   panah   (arrow   rest).   Pejera
(sight)   tidak   digunakan.   Panahan   di   lakukan
dengan   cara   membidik   hujung   anak   panah
semasa   tarikan   penuh.  Titik   bidikan   akan
berbeza bergantung kepada jarak sasaran.



Busar (Mongol bow) / Busar Ainu dari jepun ( Ainu Bow)

Busar  Asas  Recurve  
(sesuai untuk kategori 15 tahun dan kebawah)
Busar  Recurve    mempunyai   panjang  yang
berbeza  iaitu  1220mm(48  inci)  sehingga
1780mm   (70   inci).Kebanyakan  busar    yang
digunakan  dalam  pertandingan  Target Archery
biasanya  adalah  1675mm  (66inci).  Sebagai
panduan  asas  untuk  memilih  panjang  busar
yang  sesuai  ,  individu  yang  mempunyai  jarak
tarikan  penuh yang  kurang  dari  710mm(28  inci)
boleh   menggunakan   busar   antara   1575mm-
1675mm  (62  -  66  inci)  sementara  individu  yang
mempunyai  tarikan  penuh  melebihi  710mm  (28
inci)  boleh  menggunakan  busar  antara
1575mm-1780mm  (66-70  inci).  Kekuatan  busar
biasanya  tertulis  di  belakang  lengan  bawah
busar.  Kekuatan  busar  berdasarkan  kepada
panjang  limb.  Kekuatan   sesebuah  busar  ditulis
dalam   paun   (lbs).   Contohnya    busar    yang
mempunyai  kekuatan  28  lbs  dan  panjang  28
inci  ditulis  seperti  berikut:  #20  @  28.  Ini
bermaksud tenaga  yang  diperlukan  bagi  tarikan
penuh  (28  inci)  ialah  20  lbs    (9  kg).  Pemanah
baru   patut  menggunakan    busar  yang
mempunyai  kekuatan  15-20  lbs  (kanak-kanak)
dan 20-25  lbs  bagi  orang  dewasa.  Kebanyakan
busar  asas  diperbuat  daripada  kayu     berlapis.
Pemegang  dan  lengan  dilapisi  oleh  fiberglass
untuk  ketahanan  limbs.   Busar  yang  di  kenali
sebagai  "Take-Down   Recurve"
mempunyai
poket  di   atas
dan  di  bawah    pemegang
bertujuan  untuk  melekatkan  limb  busar.  Jenis
ini  boleh  di  pisahkan  supaya  senang  untuk
dibawa    ke  mana-mana.  Lengan  yang
dipisahkan  boleh  diganti  dengan  lengan  yang
sesuai untuk pemanah

No comments:

Post a Comment