Sunday, September 23, 2012

Senaman untuk pemanah


Melonggarkan lengan atas dan otot dada.
Cantumkan   jari   dengan   kedudukan   tapak   atas
kepala  dengan  keadaan  jari  terkunci  antara  satu
sama  lain.  Regangkan  ke  atas  dan  tahan  selama
10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda .

Melonggarkan  dada,bahu  atas  dan  otot  bawah
lengan.
Bengkokkan  satu  tangan  melepasi  kepala  dan  dan
turun  ke  belakang.  Bengkokkan  tangan  yang  lagi
satu  dari  bawah  ke atas.Cuba  pegang  jari-jari  anda
dan  tahan  selama  10  saat.  Biarkan  keadaan
belakang   anda    dalam    keadaan   tegak    semasa
latihan ini
Melonggarkan bahu dan otot belakang.
Kuncikan  jari  kedua-dua  tangan  bersama-sama,
keluarkan  tangan  ke  hadapan  dan  pusing  ke  kiri
dan kekanan pelahan-lahan selama 10 saat.
Jangan  berpusing  secara  mengejut  kerana  ini  akan
merosakkan sendi-sendi tulang belakang.





Melonggarkan otot belakang dan bahu.
Gunakan  seutas  getah,  pegang  kedua-dua
hujungnya,    angkat    kedua-dua    lengan    ke    paras
bahu  dan  depangkan  tangan.Biarkan  bahu  pada
kedudukan   lurus,    ke    belakang   dan   ke   depan
dengan  cara  mengembang  dan  menguncup  otot
belikat. Lakukan selama 10 saat.





Melonggarkan otot bahu.
Gunakan  seutas  getah,  pegang  kedua  hujungnya,
angkat  sebelah  tangan  melepasi  kepala  dan
sebelah  lagi  separas  dengan  bahu.Tarik  tangan
separas    bahu    ke    bawah    kemudian    tukar    hala.
Ulang lebih kurang 6 kali

Melonggarkan otot dada dan bahu.
Gunakan   seutas    getah,    pagang    kedua   hujung
ketika  getah  berada  di  bahagian  belakang  badan.
Angkat  kedua  tangan  separas  bahu  kemudian
hayunkan  tangan  ke  depan  untuk  menegangkan
getah.  Tahan  selama  10  saat  dan  ulang  sebanyak
6 kali

Melonggarkan otot memanah.
Gunakan seutas getah.  Ikat  kedua hujungnya untuk
membentuk satu lingkaran, buat aksi  seprti meanrik
tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak
6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang
sebelah lagi

No comments:

Post a Comment