Tuesday, October 2, 2012

PENYEDIAAN ARROW


1.   Terdapat beberapa jenis arrow  yang biasa digunakan.
a.   Aluminium :- contoh jenama Jazz ( pelbagai saiz )
b.   Platinum
c.    Carbon:- contoh jenama Carbon Red Line , Cartel ( pelbagai saiz )
d.   Aluminium/carbon :- contoh jenama Eston  A/C/E  ( pelbagai saiz )
e.   X-10/X-7:- jenis aluminium yang lebih keras
f.  Fiber :- sesuai untuk permulaan(murah)
2.   Saiz  arrow hendaklah sesuai dengan pemanah kerana setiap pemanah mempunyai kekuatan
dan draw length  yang berbeza. Panjang limb  dan foundage juga mempengaruhi saiz arrow.
Rujuk carta arrow.
3.   Dalam pertandingan, jenis yang biasa digunakan   ialah dari jenis karbon
aluminium/platinum/aluminium.
4.   Bagi kategori 12 tahun  ke bawah hanya jenis aluminium sahaja yang dibenarkan. Sementara
bagi kategori bawah 15 tahun  ke atas dibenarkan menggunakan semua jenis arrow.
5.   Komponen yang perlu ada pada sebatang arrow  ialah point/bullet hea d,  flet chers  dan nocks.
6.   Point/bullet head dan nocks haruslah mengikut saiz arrow. Biasanya ia dihantar bersama
dengan arrow kosong (shaft).
7.   Fletchers ada beberapa jenis dan penggunaannya haruslah bersesuaian dengan arrow.
a.   Spin wing - pelbagai saiz
b.  Dimon  - pelbagai saiz.
8.   Bagi menentukan saiz arrow  yang perlu digunakan oleh pemanah, perlulah diketahui panjang
tarikannya (draw length).
9.   Gunakan beberapa batang arrow tanpa bulet/point. Pemanah hendaklah menarik busar
bersama arrow  tersebut ( full draw ).  Buat tanda pada jarak 1cm dari titik tengah plunger.
10. Ulang sebanyak tiga kali bagi beberapa batang arrow untuk mendapatkan purata panjangnya.
11. Setelah mendapat ukurannya rujuk carta apakah saiz yang sesuai digunakan oleh pemanah
tersebut.
12. Potong arrow mengikut ukuran purata yang didapati.
** Ukuran diambil bermula dari nocks.
13. Setelah arrow dipotong, pasangkan  bullet head. Semasa memasang bullet head, jangan
panaskan shaft tetapi panaskan inserting  atau bullet head. Jangan gunakan terlalu banyak
gam kerana ia boleh mempengaruhi berat arrow.
14. Nocks hendaklah dilekatkan dengan menggunakan gam yang sesuai supaya tidak mudah
tanggal ketika arrow digunakan. Tetapi bagi sesetengah arrow karbon, nocks  tidak perlu
digam.
15. Arrow yang telah dipasang dengan nocks dan point  perlulah dipasangkan fletchers supaya ia
dapat bergerak dengan lebih baik dan dapat mengenai sasaran dengan sempurna.
16. Terdapat beberapa jenis  flecthers. Secara umumnya terdapat dua jenis yang biasa digunakan
iaitu bentuk dimon  dan Spin Vane.
17. Cara memasang bagi kedua-dua jenis flecthers ini adalah berbeza.
18. Rujuk carta yang disediakan.
19. Flecthers  jenis dimon.
20. Dengan menggunakan f lect hing jig, letakkan arrow pada tapaknya.
21. Pastikan tanda pada nocks sama dengan tanda pada tapak flecthing  jig. (Rajah)

22. Letakkan flecthers pada penyepit  flecthing jig dan tentukan jarak melalui skalanya (2cm –
3cm). Ini bertujuan, supaya jari tidak diganggu oleh flecthers ketika hendak memanah.
23. Biasanya flecthers yang digunakan untuk setiap arrow  mempunyai warna yang sama. Ini
bertujuan untuk memudahkan pemanah mengenali arrow kepunyaannya. Bagaimanapun ada
juga pemanah yang memasang flecthers yang mempunyai warna yang berbeza (dua sama
warna  dan satu ganjil). Rujuk gambar.
24. Bagi arrow karbon cara memasang flecthers adalah berbeza. Anda hanya perlu membuat
garisan dengan menggunakan pen silver / lain-lain pen yang mudah dilihat warnanya. (Rujuk
gambar)





25. Setelah ditanda , lekatkan double  sided tape mengikut garisan luar tanda yang dibuat.
Kemudian lekatkan flectherc  spin wing padanya.
26. Dengan menggunakan pemutar nocks, laraskan nocks dengan flecthers pertama. Ini perlu 
dilakukan agar fletchers tidak menganggu arrow rest  dan merosakkannya.




2 comments:

  1. Boleh sy dapatkan carta2 di atas ...gambar carta x de tu

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu nama gam apa yg digunakn

    ReplyDelete