Tuesday, October 2, 2012

STABILIZERS ( PENGIMBANG)


Pengimbang  ditambah  kepada  busar
dengan    tujuan    memberi    lebih
kestabilan  semasa  membidik  (  aiming)
dan    melambatkan        sebarang
pergerakan  tindakbalas    selepas  anak
panah     dilepaskan.     Kebanyakan
pengimbang    merupakan     batang
aluminium  kosong.  Pangkal  yang  lebih
besar    dilekatkan   pada   pemegang
busar  dan  hujung  yang  lebih  kecil
mempunyai  pemberat    yang    boleh
ditambah  dan  diubahsuai  dari  masa  ke
semasa.     Tujuan     lain     ialah    supaya
busar  akan  menjadi  lebih  selesa  untuk
dipegang      semasa   tarikan     dan
pembidikan.  Batang  pengimbang  yang
lebih  pendek  di  bahagian  belakang
bertujuan    memberikan   keseimbangan
di  sebelah  kiri  dan  kanan.  Selain  itu  ia
juga  digunakan  untuk    menyerap
gegaran   semasa   pelepasan   anak
panah


No comments:

Post a Comment