Sunday, September 30, 2012

FINGER SLING ( PENGIKAT JARI )



Pengikat  jari    diperbuat   daripada
seutas  tali  kasut  ataupun  sebarang
tali  yang   kedua-dua  hujungnya
diikat    bersama.    Ianya   diikat   pada
jari telunjuk dan ibu jari.



 

SIGHTS ( PEJERA )


Sight  digunakan  bagi  kedua-dua
jenis   busar    Recurve  dan
Compound.  Ianya  diletakkan  di  tepi
pemegang    busar.       Lengan
penyambung       melintang
membolehkan  sight  dilaraskan  ke
dalam  atau  ke  luar  dari  busar.
Lengan    membujur    biasanya
disertakan  dengan  sukatan  bacaan
bagi  memudahkan  pelarasan
ketinggian.

CLICKER



Clicker  merupakan  sekeping  logam  nipis
berspring  yang  dilekatkan  di  pemegang
busar.  Anak  panah  diletakkan  di  antara
clicker  dan  pemegang busar  supaya  apabila
anak   panah   ditarik   dengan   tarikan   penuh
( full  draw), ianya akan  memetik    pemegang
busar  dan  menghasilkan  bunyi.  Semasa
inilah  pemanah  akan  melepaskan  anak
panah.  Clicker  juga   boleh  digunakan
sebagai      pengesan  panjang   tarikan.
Sebelum  pemanah  boleh  menggunakan
clicker,    tarikan    penuhnya  hendaklah
konsisten.   Untuk    memasang    clicker,  ia
sepatutnya  dilekatkan  pada  kedudukan  di
mana  separuh  mata  anak  panah  berada  di
bawah  clicker  semasa  tarikan  penuh  (full
draw).

PRESSURE BUTTON (Plunger Button)


Plunger  button  digunakan  dengan
dua tujuan iaitu :
a.  Untuk  melaras  kedudukan
melintang   semasa   anak   panah
berada  di  atas  arrow  rest  supaya
panahan lebih tepat.
b.  Untuk    menyerap  lencongan
semasa pelepasan anak panah.
Pelarasan   plunger   button   akan
menjadikan  penerbangan  anak
panah   lebih   lurus   apabila  busar
telah diselaraskan.


CHEST GUARD ( PELINDUNG DADA )


Pelindung  dada  digunakan  untuk  mengelakkan
kecederaan  dada  terutamanya  bagi  pemanah
wanita.   Tekanan   berpanjangan  dari  tali  panah
boleh    menyebabkan  timbulnya     satu
kebengkakkan  pada  tisu lemah yang  sukar untuk
dibezakan     dengan    tisu  kanser.
Ianya  juga  bertujuan  untuk  mengelakkan  baju
besar  daripada   mengganggu  tali   panah.
Pelindung   dada    diperbuat    daripada    nylon
ataupun plastik.

Monday, September 24, 2012

QUIVERS ( KANTUNG ANAK PANAH )







Kantung
anak
panah
digantung
di
pinggang.
Ianya  digunakan  untuk
membawa anak panah

ARM GUARDS ( PELINDUNG LENGAN )





Pelindung  lengan  diperbuat  daripada  kulit  yang
dikuatkan  atau  plastik  yang  dipakai  di  sebelah
dalam  lengan yang  memegang  busar  (bow arm).
Ianya  di  pakai  untuk  mengelakkan  kecederaan
lengan pemanah

FINGER TABS ( PELINDUNG JARI )



Pelindung  jari  digunakan  untuk
melindungi  jari  pemanah  dari
sebarang  kecederaan  dan  juga
memberikan  permukaan  yang
licin  untuk  tali  panah
mengelungsur.
Kebanyakan  pelindung  jari
diperbuat  daripada  kulit  ataupun
bahan  lain  .  Saiz  pelindung  jari
tidak  sepatutnya  melebihi  jari
pemanah.

BAHAGIAN ANAK PANAH / ARROW


Anak  panah  biasanya  diperbuat  daripada  kayu,  fiberglass,  aluminium  dan  karbon  graphite.
Anak  panah  aluminium mempunyai  ukur  lilit dan ketebalan  yang tepat.  Setiap anak  panah  ditanda
dengan  nombor,    contohnya    2013     yang     bermaksud    anak    panah    tersebut    mempunyai
ukur  lilit   20/64th inci(7.94mm)  dan ketebalan dindingnya  adalah    13/1000th inci(0.33mm)  semasa
pertandingan.   Anak  panah  yang  melebihi  9.3mm  (2312,  2314,  2315  dan  2317)  tidak  boleh
digunakan dalam pertandingan.
Anak  panah  sepatutnya  dipotong  bersesuaian  dengan  tarikan  penuh  (full  draw)  seseorang
pemanah.   Kesesuaian  anak   panah  untuk   setiap   pemanah   boleh   ditentukan   dengan   merujuk
kepada carta pemilihan anak panah „Easton .

NOCKS


Nocks  diperbuat  daripada  plastik  keras
dan  digam  di  hujung  belakang  anak
panah.    Barisan   atas    adalah    nocks
untuk  anak  panah  aluminium.  Nocks
mempunyai  6  saiz  yang  berbeza  untuk
disesuaikan  dengan  ukur  lilit  anak
panah.
Nocks  yang  mempunyai  insert  adalah
untuk anak  panah  karbon  atau  karbon-
aluminium



FLETCHERS   (  SAYAP   )
 
Fletchers  diperbuat  daripada  plastik

lembut    dalam    pelbagai    bentuk    dan
saiz.
Fletchers  bulu  ayam  juga  boleh
digunakan  tetapi  tidak  begitu  tahan
berbanding  dengan  fletchers  plastik.
Kebiasaannya   terdapat   tiga   fletchers
dilekatkan pada bahagian berhampiran
dengan  nocks.  Ia  biasanya  dilekatkan
pada  sesuatu   sudut  supaya  anak
panah  itu  berputar  dengan  sempurna,
lebih  stabil  dan  lurus  semasa  terbang.
Kedudukan  fletchers  mestilah  sesuai
dengan  jenis  „arrow   rest   yang
digunakan


ARROW POINTS   (   MATA  ANAK PANAH  )







Diagram  di  sebelah  adalah  mata  anak
panah   yang    digunakan     dalam
pertandingan   (target   archery).   Tiga
anak  panah  di  barisan  atas  digunakan
untuk    anak    panah    aluminium.    Mata
anak  panah  yang  bertanda  7%  akan
memberikan  7%    keseimbangan  di
bahagian   hadapan   dan  seterusnya.
Mata    anak    panah    yang    lain    adalah
untuk   anak     panah       karbon.
Terdapat  perbezaan  berat  mata  anak
panah,  oleh  itu  keseimbangan  anak
panah  dapat  dikawal.  Ini  adalah  sangat
penting  kerana   sekiranya   terdapat
sedikit  perbezaan  dalam  berat  anak
panah,   ianya    boleh    mengubah
penerbangan    (flight)    anak    panah
tersebut

Sunday, September 23, 2012

PERALATAN ASAS MEMANAH


Busar Panjang (Long Bow)
Long bow merupakan busar yang paling asas.
Long  bow  Inggeris  adalah  seperti  yang
dipaparkan di sebelah. Bentuknya  tidak berubah
semenjak   9,000 - 6,000 SM.  Ianya dibentuk dari
sebatang  kayu  dan  pemegangnya  selalunya  di
perbuat    dari    sekeping   kulit    yang    diikat    di
sekeliling   busar.   Satu   lekukan   di   potong   di
sebelah  kiri  atau  kanan  busar  bertujuan  untuk
meletakkan   anak   panah   (arrow   rest).   Pejera
(sight)   tidak   digunakan.   Panahan   di   lakukan
dengan   cara   membidik   hujung   anak   panah
semasa   tarikan   penuh.  Titik   bidikan   akan
berbeza bergantung kepada jarak sasaran.



Busar (Mongol bow) / Busar Ainu dari jepun ( Ainu Bow)

Busar  Asas  Recurve  
(sesuai untuk kategori 15 tahun dan kebawah)
Busar  Recurve    mempunyai   panjang  yang
berbeza  iaitu  1220mm(48  inci)  sehingga
1780mm   (70   inci).Kebanyakan  busar    yang
digunakan  dalam  pertandingan  Target Archery
biasanya  adalah  1675mm  (66inci).  Sebagai
panduan  asas  untuk  memilih  panjang  busar
yang  sesuai  ,  individu  yang  mempunyai  jarak
tarikan  penuh yang  kurang  dari  710mm(28  inci)
boleh   menggunakan   busar   antara   1575mm-
1675mm  (62  -  66  inci)  sementara  individu  yang
mempunyai  tarikan  penuh  melebihi  710mm  (28
inci)  boleh  menggunakan  busar  antara
1575mm-1780mm  (66-70  inci).  Kekuatan  busar
biasanya  tertulis  di  belakang  lengan  bawah
busar.  Kekuatan  busar  berdasarkan  kepada
panjang  limb.  Kekuatan   sesebuah  busar  ditulis
dalam   paun   (lbs).   Contohnya    busar    yang
mempunyai  kekuatan  28  lbs  dan  panjang  28
inci  ditulis  seperti  berikut:  #20  @  28.  Ini
bermaksud tenaga  yang  diperlukan  bagi  tarikan
penuh  (28  inci)  ialah  20  lbs    (9  kg).  Pemanah
baru   patut  menggunakan    busar  yang
mempunyai  kekuatan  15-20  lbs  (kanak-kanak)
dan 20-25  lbs  bagi  orang  dewasa.  Kebanyakan
busar  asas  diperbuat  daripada  kayu     berlapis.
Pemegang  dan  lengan  dilapisi  oleh  fiberglass
untuk  ketahanan  limbs.   Busar  yang  di  kenali
sebagai  "Take-Down   Recurve"
mempunyai
poket  di   atas
dan  di  bawah    pemegang
bertujuan  untuk  melekatkan  limb  busar.  Jenis
ini  boleh  di  pisahkan  supaya  senang  untuk
dibawa    ke  mana-mana.  Lengan  yang
dipisahkan  boleh  diganti  dengan  lengan  yang
sesuai untuk pemanah