Thursday, October 11, 2012

10 LANGKAH MEMANAH




1 - BERDIRI ( STANCE)
Pemanah  berdiri  tegak  dengan  keadaan  selesa  dan  relaks.  Kedudukan  kaki  pemanah  hendaklah
mengangkangi  garisan  panahan.Kaki  pemanah  sepatutnya  lebih kurang  sama  jarak  dengan  bahu
pemanah  di  mana  berat  pemanah  sepatutnya  ditanggung  oleh  kedua-dua  belah  kaki  dengan
nisbah  yang  lebih  kurang  sama,  berat  tersebut  hendaklah  ditanggung  oleh  tumit  dan  hujung  kaki
pemanah.  Ini  dapat  membantu  keseimbangan  dan  menjadikan  badan  pemanah  lebih  stabil



2.   NOCKING   THE   ARROW   (  MEMASUKKAN   ANAK   PANAH  )

Anak  panah  dimasukkan  ke  tali  panah  dengan  cara
meletakkan nock anak  panah  ke  tali  panah  di bawah
penanda  nocking.


3.   DRAWING  HAND  AND  BOW HAND  (   TANGAN MENARIK DAN TANGAN MEMEGANG  )

Kebiasaanya  tiga  jari digunakan  untuk  tujuan  menarik  tali  panah  iaitu  jari  telunjuk,  jari  h
antu  dan
jari  manis.  Jari telunjuk  diletakkan  di
sebelah atas  anak panah sementara
jari
hantu  dan  jari  manis  disebelah
bawah.
Bengkokkan    jari   supaya  sendi
ketiga-
tiga  jari  tersebut  sebaris  dengan  tali
panah.
Berikan   sedikit   ruang   antara   jari
telunjuk
dan jari hantu supaya  kedua-dua  jari
tersebut  tidak  menyentuh  anak
panah.
(Ini   untuk   mengelakkan   dari   anak
panah
itu  dicubit  (pinching))  Biarkan
belakang  tangan  serata  yang  boleh.Be      diletakkan
ngkokkan ibu  jari ketapak  tangan supaya  dapat
pada  pipi  semasa  tarikan    penuh.
Tarik  sedikit  tali  panah  untuk  menyediakan  jari-jari  tersebut  untuk  tarikan  penuh.Semasa  menarik
tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut.




Letakkan  tangan  pemegang  bow  pada  tempat  pemegang  dengan  garis  tengah  berkedudukan  di
antara  ibu jari dan jari telunjuk  sebaris  dengan  pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah di
atas.  Tapak  otot  ibu  jari  hendaklah  diletakkan  pada  garis  tengah  pemegang  busar.  Semasa
menarik,  tekanan  sepatutnya  diterima  oleh  otot  ibu  jari  dan  terus  kepada  pergelangan  tangan
(Kedudukan  pergelangan  tangan  rendah).  Jari  dan  ibu  jari  patut  dibiarkan  dalam  keadaan  relaks.
Sekiranya  pengikat  jari  atau  pengikat  busar  tidak  digunakan,  hujung  jari  hendaklah  dibengkokkan
sedikit  supaya  menyentuh  busar  dengan  lembut.Ini  akan  menghalang  busar  daripada  terlepas
semasa    anak  panah  dilepaskan.  Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten
pada setiap kali panahan dilakukan

4.  PREDRAW
Luruskan   lengan     pemegang   busar untuk
mendapatkan  kedudukan  tangan  pada  tempat

pemegang  busar.  Kemudian  angkat  lengan
pemegang    busar    dan  lengan
penarik  tali
serentak  pada  kedudukan    seperti   yang
ditunjukkan  dalam  gambarajah.  Kekalkan  bahu
hadapan  pada  kedudukan  rendah.  (Bahu  tidak
boleh  dibiarkan  bergerak  ke  hadapan  atau  ke
belakang  kerana  ini  akan  mengubah  jarak
tarikan)  Kekalkan  siku  lengan  penarik  pada
kedudukan  separas  mata  kerana  ini  akan
membantu      menggerakkan  otot  belakang
menarik pada tarikan penuh.


5.   FULLDRAW   (   Tarikan penuh )
Pada  kedudukan  sebelum  menarik(  Pre-Draw  position),  gunakan  otot  belikat  untuk  menarik  siku
lengan  penarik  kebelakang  dalam  satu  tarikan  yang  licin  sehinggalah  tangan  penarik  terkena  dagu
pemanah. Kedudukan kepala  dan  badan tidak  boleh bergerak.  (Tarik tali  ke arah  muka, bukan  muka
bergerak  kepada  tali)  Daya  tolakan  pada  busar  dan  daya  tarikan  pada  lengan  penarik  akan
memberikan keseimbangan pada badan.



6.   ANCHOR
Istilah  „anchor   ialah  apabila  tangan  penarik
diletakkan  pada  tulang  dagu  dan  tali  panah
menyentuh    muka.Adalah    sangat    penting
jari  telunjuk  menyentuh  rahang  dengan
lembut,  ibu  jari  dibengkokkan  ke  dalam
tapak  tangan  supaya  senang    untuk
menyentuh  leher  dan  tali  panah  menyentuh
dagu  dan  hidung  sekiranya  boleh.   Kaitan
antara  kedudukan-kedudukan  ini  adalah
penting  kerana  ianya  bertindak  sebagai
pandangan  dari
belakang,jadi  adalah
penting  untuk  mengekalkan  kedudukan-
kedudukan  tersebut  dengan  konsistan.  Ia
juga    untuk   mendapatkan    tarikan   penuh
yang   konsisten.Sebarang  perubahan
terhadap   kedudukan-kedudukan    tersebut
akan mengubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.



7.  HOLDING   (  MENAHAN  )   AND   AIMING   (   MEMBIDIK  )
Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan  ditanggung  oleh  otot belakang (belikat)  dan  apabila
tangan  yang  memegang  panah  digerakkan  selari  dengan  sight  (  tempat  membidik)  dan  ditengah-
tengah  sasaran.  Semasa  sight  digerakkan  ke  arah  tengah  sasaran  keselarian  tali  panah  patut
diperiksa.  Keselarian  tali  panah,  seperti  yang  di  tunjukkan  di  dalam  gambar,  tali  panah  adalah
selari  dengan  dengan  busar  dan  pin sight. Apabila  busar  dipegang  dengan  betul  pada  kedudukan
menegak tali  panah  dan hujung  busar akan  kelihatan selari.Terdapat  beberapa  langkah yang  perlu
diperiksa  untuk  memastikan  semuanya  berada  dikedudukan  yang  betul.  Sekiranya  sebarang
bahagian badan dirasakan tidak betul,  adalah lebih  baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula
semula.  Apabila  membidik  ke  tengah  sasaran ,  adalah  pekara  biasa  apabila  pandangan  sight  pin
itu  seperti berputar  di sekitarnya. Dengan  melakukan banyak latihan,  pekara  ini akan berkurangan.
Apabila  sight  pin digerakkan  ke atas,  anak panah akan  ke  bawah  dan  apabila  sight  pin ke bawah,
anak panah akan bergerak ke atas.



8.   RELEASE  (  PELEPASAN  )
Melepaskan  tali  panah  adalah  langkah  yang
paling  penting  semasa  memanah.  Sekiranya
tidak  dilakukan  dengan  betul,  semua  langkah
yang  telah  diambil  sebelum  itu  adalah  sia-sia.
Untuk  melepaskan  anak   panah   dengan   betul,
tali  panah  yang  dipegang  hendaklah  dibenarkan
mengelongsor    (slip)    dari    jari.Ketiga-tiga    jari
mesti  melepaskan  tali  panah  dengan  serentak.
Ini  hendaklah  dilakukan  dengan  biasan  yang
sedikit.  Apabila  pelepasan  anak    panah
dilakukan   dengan    baik,  tangan  penarik
sepatutnya  bergerak  ke  belakang  kerana  otot
belakang  (belikat)  akan  menarik  tangan  penarik
ke  belakang  dan  jari-jari  sepatutnya  berada  di
belakang leher



9.  FOLLOW  THROUGH  (  IKUT  LAJAK  )
Ikut lajak  (follow through) ialah  mengekalkan  kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan
pelepasan    anak    panah    sehinggalah   anak    panah    mengenai    sasaran.    Sebarang   pergerakan
semasa  pelepasan anak panah  akan  mempengaruhi  cara  penerbanganya.  Kedudukan  kepala  dan

badan  patut  dikekalkan,  tangan  penarik  hendaklah  digerakkan  ke  belakang  semasa  pelepasan
anak panah.  Adalah  penting  untuk  tidak  menjatuhkan  tangan  pemegang busar  selepas  pelepasan
anak  panah,  ia  akan  menyebabkan  anak    panah  mendarat  rendah  daripada  sasaran.
Menggerakkan  kepala  ke  kiri  atau  ke  kanan  untuk  melihat  anak  panah  juga  akan  menyebabkan
tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

10.   RELAXING   (  REHAT  )
Pemanah mesti  merehatkan diri  selepas  setiap  panahan  dibuat  supaya
otot-otot  dapat  pulih  daripada  kerja  yang  dilakukan  sebelumnya.  Rehat
dalam  tempoh  20  hingga  30  saat  adalah  mencukupi  untuk  otot-otot
bersedia  bagi  panahan  seterusnya.  Sekiranya  otot-otot  tidak  mendapat
rehat  yang  secukupnya,  ia  akan  menjadi  kebas  selepas  beberapa
panahan   yang  berterusan.  Memanah  dalam   keadaan  otot-otot  yang
letih  akan  menyebabkan  panahan  menjadi  tidak  konsisten.  Masa  rehat
juga  digunakan  untuk  manganalisis  keputusan  panahan  sebelumnya
dan  memikirkan  cara-cara  membetulkan  kesilapan  yang  telah
dilakukan.
Adalah penting  untuk  memeriksa  kesemua 10 langkah asas  bagi setiap
kali  panahan  dibuat.  Sekiranya  salah  satu  daripada  10  langkah  itu
mempunyai  kecacatan,  maka  pamanah  tidak  akan  dapat  menghasilkan
panahan yang tepat dan jitu.







1 comment:

  1. salam, klau dlm pertandingan brapa lama masa diberi utk melepaskan anak panah?

    ReplyDelete