1.PERALATAN MEMANAH
Pastikan
peralatan memanah anda
sentiasa dalam keadaan
yang baik. Anda
perlu selalu
|
mengawal
anak panah dan
jangan sesekali hilang
kawalan dari segi
langkah-langkah
|
keselamatan. Berikut adalah beberapa
peringatan yang perlu dipatuhi:
|
JANGAN SAMA SEKALI :
|
a.
MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan
kerosakkan
|
kepada busar.
|
b.
MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA
|
TERDAPAT
SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada
|
target butt sahaja).
|
c.
MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.
|
d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH.
|
PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan
kesalahan di atas boleh disingkirkan dari
|
pertandingan .
|
Periksa peralatan anda selalu. Pastikan
ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan
|
sekiranya perlu.
|
Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda
sepatutnya tahu
|
bagaimana untuk menggantikan knocking
point yang telah rosak.
|
Periksa nocks dan mata panah.
|
Pastikan batang anak panah adalah lurus.
|
Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan
yang baik,
|
selamat dan sesuai untuk digunakan.
|
2. LAPANG SASAR
Pastikan rumput padang dalam keadaan
pendek supaya senang mencari anak panah yang
|
hilang.
|
Penanda padang dan garisan mestilah jelas
dan kekal.
|
Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat.
|
Sekiranya target butt menjadi lembut dan
anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan
|
lebih baik.
|
Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan
kuat supaya semua orang
|
dengar dengan jelas dan faham.
|
3.TEKNIK MEMANAH YANG BETUL
Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah
ialah apabila lengan dilibas oleh tali
|
panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah
kerana pemanah membuat kesilapan semasa
|
memanah.
|
Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah
berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL
|
ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan
panahan.
|
Semasa mencari anak panah yang hilang ,
pastikan pemanah MEMANDANG KE HADAPAN
|
supaya tidak tertikam anak panah sendiri atau kepunyaan orang
lain.
|
Anak panah yang tercacak pada sasaran
adalah sama bahaya dengan anak panah yang
|
sedang terbang.
|
Semasa mencabut anak panah dari sasaran,
letakkan sebelah tapak tangan ke target butt
dan
|
sebelah lagi memegang anak panah. Tarik
dengan cara memusingkan anak panah tersebut.
|
Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut
anak panah. Pastikan muka pemanah tidak
|
berada di belakang anak panah kerana ia
mungkin terkena muka atau mata semasa cabutan
|
dilakukan.
|
Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm
guard )semasa memanah bagi mengelakkan
|
kecederaan.
|
4. JURULATIH
Pastikan tiada manusia atau binatang
berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan
|
pemanah bermain-main dengan peralatan
memanah.
|
Tentukan jarak yang sesuai antara satu
sama lain bagi mengelakkan pemanah bersentuhan.
|
Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang
0.5 meter di antara pemanah.Ini
memberikan
|
ruang yang cukup untuk pemanah melakukan
panahan.
|
Pastikan semua orang berada dibelakang
shooting line selepas arahan memanah
diberikan.
|
Jangan sama sekali menyentuh atau memegang
busar yang sedang ditarik dengan tujuan
|
untuk menunjuk cara atau membetulkan
sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah.
|
Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas
oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau sebarang
|
air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan
bengkak. Pemanah baru hendaklah memakai
|
pelindung lengan pada setiap masa.
|
Galakkan pemanah memberitahu sekiranya
mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun
|
ketidakselesaan pada bila-bila masa.
|
Tunjukkan langkah-langkah yang betul
kepada semua pemanah.
|
Penyelenggaraan peralatan
|
Memasang mata panah ( point ) pada hujung
batang anak panah aluminium ( shaft )
|
Shaft aluminium disertakan
dengan point jenis masuk
( insert ). Cara memasukkan
point jenis ini
|
kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot
melt glue ) yang dipanaskan terlebih dahulu.
|
Proses memasang point adalah seperti
berikut :
|
1) Bersihkan kotoran pada shaft.
|
2) Menggunakan nyalaan api yang kecil,
untuk memanaskan gam ( hot melt glue ).
|
3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm
dalam batang shaft.
|
4) Panaskan gam ( hot melt glue ) dan
lekatkan sedikit gam yang telah cair pada point.
|
5) Tekan perlahan-lahan point ke dalam
shaft.
|
Proses menanggalkan mata anak panah (
point ) dari shaft :
|
1) Panaskan sedikit hujung point.
|
2) Pegang hujung point dengan menggunakan
playar.
|
3) Putar dan tarik keluar point.
|
4) Sekiranya point tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah
di atas.
|
Memasang point ke dalam anak panah karbon
|
Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak
panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama.
|
Proses pemasangan mata anak panah adalah
seperti berikut :
|
1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah.
|
2) Panaskan hot melt glue sehingga cair
dan lekatkan kepada batang mata anak panah.
|
3) Pegang hujung mata anak panah dengan
sepasang playar.
|
4) Panaskan sedikit mata anak panah .
|
5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke
dalam batang anak panah. Bersihkan lebihan gam.
|
6) Ulangi langkah-langkah di atas
sekiranya perlu.
|
PERHATIAN – Kepanasan yang melampau boleh
merosakkan anak panah.
|
Menanggalkan point dari anak panah carbon
1) Panaskan sedikit point.
|
2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut
point.
|
3) Putar dan cabut point perlahan-lahan.
|
4) Sekiranya gagal, ulangi kembali proses
di atas.
|
Menyapu lilin pada tali panah
|
Untuk melindungi tali panah daripada
lusuh, ianya perlu disapu dengan lilin selalu.
|
Lilin boleh dibeli daripada kedai
peralatan memanah.
|
Anda
hanya perlu menyapukan
lilin pada keseluruhan
tali panah.JANGAN LILINKAN
CENTER
|
SERVING
|
Tali panah patut dililin selalu, lebih
kurang setiap tiga minggu.
|
No comments:
Post a Comment