Blog ini dibangunkan oleh Ustaz Mohd Fathi bin Misran khasnya kepada ahli kelab memanah SK Peserai dan kepada Seluruh warga blog amnya bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan dalam sukan memanah.
Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Sunday, October 14, 2012

LANGKAH KESELAMATAN


1.PERALATAN MEMANAH
Pastikan  peralatan  memanah  anda  sentiasa  dalam  keadaan  yang  baik.  Anda  perlu  selalu
mengawal  anak  panah  dan  jangan  sesekali  hilang  kawalan  dari  segi  langkah-langkah
keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi:
JANGAN SAMA SEKALI :
a.   MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan
kepada busar.
b.   MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA
TERDAPAT  SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada
target butt  sahaja).
c.    MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.
d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH.
PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari
pertandingan .
Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan
sekiranya perlu.
Periksa samada nocking point  berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu
bagaimana untuk menggantikan knocking point  yang telah rosak.
Periksa nocks dan mata panah.
Pastikan batang anak panah adalah lurus.
Pastikan semua peralatan seperti finger  tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik,
selamat dan sesuai untuk digunakan.

2. LAPANG SASAR
Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang
hilang.
Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.
Pastikan target stand  dalam keadaan yang baik dan selamat.
Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan
lebih baik.
Gunakan whistle  yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang
dengar dengan jelas dan faham.

3.TEKNIK MEMANAH YANG BETUL
Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali
panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan semasa
memanah.
Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL
ANAK PANAH TERSEBUT,  kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan.
Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan pemanah  MEMANDANG KE HADAPAN
supaya tidak tertikam  anak panah sendiri atau kepunyaan orang lain.
Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang
sedang terbang.
Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke target butt  dan
sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut.
Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut anak panah. Pastikan muka pemanah tidak
berada di belakang anak panah kerana ia mungkin  terkena muka atau mata  semasa cabutan
dilakukan.
Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard )semasa memanah bagi mengelakkan
kecederaan.

4. JURULATIH
Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan
pemanah bermain-main dengan peralatan memanah.
Tentukan jarak yang sesuai antara satu sama lain bagi mengelakkan pemanah bersentuhan.
Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang 0.5  meter di antara pemanah.Ini memberikan
ruang yang cukup untuk pemanah melakukan panahan.
Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line  selepas arahan memanah diberikan.
Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan tujuan
untuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah.
Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau sebarang
air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak. Pemanah baru hendaklah memakai
pelindung lengan pada setiap masa.
Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun
ketidakselesaan pada bila-bila masa.
Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah.
Penyelenggaraan peralatan
Memasang mata panah ( point ) pada hujung batang anak panah aluminium ( shaft )
Shaft aluminium  disertakan  dengan  point jenis  masuk  (  insert ). Cara  memasukkan  point jenis  ini
kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot melt glue ) yang dipanaskan terlebih dahulu.
Proses memasang point adalah seperti berikut :
1) Bersihkan kotoran pada shaft.
2) Menggunakan nyalaan api yang kecil, untuk memanaskan gam ( hot melt glue ).
3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm dalam batang shaft.
4) Panaskan gam ( hot melt glue ) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair pada point.
5) Tekan perlahan-lahan point ke dalam shaft.
Proses menanggalkan mata anak panah ( point ) dari shaft :
1) Panaskan sedikit hujung point.
2) Pegang hujung point dengan menggunakan playar.
3) Putar dan tarik keluar point.
4) Sekiranya point  tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah di atas.
Memasang point ke dalam anak panah karbon
Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama.

Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut :
1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah.
2) Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak panah.
3) Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar.
4) Panaskan sedikit mata anak panah .
5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah. Bersihkan lebihan gam.
6) Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu.
PERHATIAN – Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.


Menanggalkan point dari anak panah carbon
1) Panaskan sedikit point.
2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut point.
3) Putar dan cabut point perlahan-lahan.
4) Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.

Menyapu lilin pada tali panah
Untuk melindungi tali panah daripada lusuh, ianya perlu disapu dengan lilin selalu.
Lilin boleh dibeli daripada kedai peralatan memanah.
Anda  hanya  perlu  menyapukan  lilin  pada  keseluruhan  tali  panah.JANGAN  LILINKAN  CENTER
SERVING
Tali panah patut dililin selalu, lebih kurang setiap tiga minggu.





No comments:

Post a Comment