Blog ini dibangunkan oleh Ustaz Mohd Fathi bin Misran khasnya kepada ahli kelab memanah SK Peserai dan kepada Seluruh warga blog amnya bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan dalam sukan memanah.
Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Tuesday, October 2, 2012

MEMASANG “BOW STRING”

Bow string dilipat dua bagi
Center serving
menentukan loop   yang
akan dipasang pada limb atas dan bawah


Hujung  „loo p   pada bahagian
strin g yang lebih panjang
sedikit ini hendaklah
dimasukkan ke limb atas

1.   Tentukan dahulu kedudukan center serving. Tali dilipat jadi dua  supaya dapat menentukan„loop  yang akan dipasang  pada „tip  limb atas dan bawah. Loop  bahagian  limb atas biasanya lebih besar dari limb bawah
.
2.   Biasanya center serving pada bahagian limb atas adalah panjang sedikit bila tali dilipat dua.
3.   Salah  satu „loop  adalah lebih besar saiznya. Ini bertujuan  memudahkan pema sangan  tali.
4.   Sebelum tali dipasang tentukan dahulu panjang limb (64” /66”/68”/70”).  Ini kerana panjang tali
mestilah sesuai dengan panjang limb. Jika tali yang siap dibeli biasanya tercatat panjang tali
dan bilangan lembarnya. Contoh  PLY 16s Light 68”  bermaksud  16 lembar dan panjang 68” .
Tali ini hendaklah dipasang pada bow yang mempunyai panjang limb  68” .
5.   Bilangan lembar  bermula dari 12,  14,  16  &  18.  Ketebalan tali  bergantung pada bilangan
lembar benang. Penggunaannya bergantung kepada  jenis  arrow,  panjang  dan  saiz  arrow,
panjang  limb dan „foundage . Masukkan „loop  yang besar pada limb atas dahulu dan kemudian
diikuti dengan „loop  pada hujung yang satu lagi pada limb bawah.  Lihat gambar di bawah.


Masukkan loop yang besar
pada limb atas terlebih dahulu.
Loop pada hujung yang satu
lagi dimasukkan kepada
limb bawah
6.   Dengan menggun akan „bow stringer  seperti gam bar  di bawah, tolak loop ke hujung tip pada
limb atas. Penggunaan „bow stringer  dapat  menjamin  keselamatan  limb kerana kedua-dua
limb menerima daya yang seimbang.  Kaedah  yang lain boleh digunakan tetapi tidak
digalakkan keran a ini memungkinkan limb “twist” ( terpusing) atau patah.
Loop pada limb atas
ditolak ke arah hujung
limb agar tersangkut
pada tip.
Bow stringer
digunakan untuk
memasang bow string.
Kaedah ini adalah
yang lebih selamat.



No comments:

Post a Comment